Theme :
Selected Language : English | Bahasa Malaysia    Font : A+ A- A
 
YB.Joseph
 
 
 
     
News
 
Back 
 
Date 04/04/2017
   
Title SPA TERIMA LEBIH 1.5 JUTA PERMOHONAN KERJA TAHUN LALU
   
Source BERNAMA\nNST\nMalay Mail\nUtusan Borneo\nNew Sarawak Tribune
   
Detail  
   

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima sebanyak 1.56 juta permohonan untuk berkhidmat dengan kerajaan pada tahun lalu, namun hanya 25,046 kekosongan jawatan untuk pelantikan tetap yang ditawarkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun, berkata jumlah permohonan yang tinggi ini memberi peluang kepada kerajaan untuk memilih hanya calon yang berkualiti.

Katanya, SPA menjalankan tapisan yang ketat dan ketika ini melakukan kaedah pengambilan yang dikenali sebagai MyRecruitment terhadap sebahagian besar skim perkhidmatan bagi memilih calon terbaik.

"Kaedah ini memerlukan calon melalui empat proses saringan iaitu tapisan awal, peperiksaan dalam talian, penilaian kompetensi dan temuduga.

"Calon yang tidak menepati tapisan awal tidak akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan dalam talian manakala calon yang tidak melepasi peperiksaan dalam talian tidak akan dipanggil untuk mengikuti penilaian kompetensi dan begitulah seterusnya," katanya menjawab soalan Datuk William Nyalau (BN-Lubok Antu) ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, pagi ini.

Mengulas lanjut, Joseph berkata, selain nilai gred kumulatif (CGPA), SPA mahu mencari calon yang berketerampilan, mahu bekerja secara berpasukan, mempunyai nilai kepemimpinan, jati diri dan profesionalisme ketika sesi temuduga.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa ada calon dipilih kerana mempunyai kenalan atau sokongan dari Menteri atau orang kenamaan.

"Melalui saya, tidak ada (isu ini). Tetapi melalui pegawai, kalau dia sembunyikan dari saya, saya tidak tahu.

"Tetapi setahu saya, memang yang kita pilih adalah terbaik. Seperti saya katakan agak senang untuk kita pilih mengisi 30,000 kekosongan ini daripada sejuta lebih yang memohon," katanya.

 

   
Link
 
Online Jobs Application
 
 
 
 
     
Contact Us
Prominent Link
Visitor Statistic 
count
     

Minister's Office, West Block, Level 4
Perdana Putra Building
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya
Malaysia

Telephone: 03-8872 7003
Fax: 03-8890 2562


Official Website Prime Minister Office of Malaysia
Official Website Deputy Prime Minister of Malaysia
Official Website Chief Secretary to the Government of Malaysia
Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU)
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Public Services Commision of Malaysia (PSC)
Prime Minister's Department
Online :2
Today :24
Yesterday :18
Week :107
Month :435
Year :4640
Total :9470
     
DISCLAIMER: This website and the Materials are provided “as is” and “as available”, without warranty of any kind, implied, express or statutory. The Office of The Prime Minister of Malaysia and The Government of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this website.