Theme :
Selected Language : English | Bahasa Malaysia    Font : A+ A- A
 
YB.Joseph
 
 
 
     
News
 
Back 
 
Date 11/09/2017
   
Title PESERTA HACKATHON DATA TERBUKA 2017 MULA SAINGAN 48 JAM
   
Source BERNAMA\nNST\nMalay Mail\nUtusan Borneo\nNew Sarawak Tribune
   
Detail  
   

CYBERJAYA, 11 Sept (Bernama) -- Sebanyak 53 kumpulan yang dibentuk oleh 176 peserta memulakan saingan 'hackathon' (acara membangunkan program komputer) selama 48 jam bermula tengah hari ini bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM60,500 menerusi Program Hackathon Data Terbuka 2017.

Bertempat di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), program sehingga Rabu itu memberi ruang kepada peserta membangunkan aplikasi atau produk data dengan menggunakan data terbuka yang boleh diperoleh daripada portal data.gov.my yang kini menyediakan 2,303 data.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata program dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kategori sektor awam selama 48 jam, kategori industri dan university awam dan swasta (48 jam) dan kategori pelajar sekolah menengah (30 jam).

Berucap merasmikan program itu di sini, Entulu berkata pada masa sama 104 penjawat awam yang membentuk 34 kumpulan memulakan saingan 'Hackathon Aplikasi Mudah Alih 2017' yang berlangsung selama 24 jam dan menawarkan hadiah wang tunai RM12,500.

Program Hackathon merupakan satu inisiatif kerajaan untuk menggalakkan pembangunan aplikasi dan produk data yang kreatif dan berinovatif bagi meningkatkan perkhidmatan kerajaan, menjana ekonomi dan kesejahteraan rakyat, katanya.

Beliau berkata kerajaan mengambil inisiatif berkongsi maklumat atau data yang terdapat di agensi-agensi kerajaan dengan rakyat secara percuma.

Beliau berkata data berkaitan kerajaan yang dibuka kepada rakyat adalah data yang sememangnya boleh dikongsi kepada umum dan bukan bersifat data peribadi atau diklasifikasikan sebagai data sulit.

"Hakikatnya, pelbagai perkhidmatan boleh disediakan dengan mengguna pakai data yang diperolehi dan dikongsi oleh agensi-agensi kerajaan dan ia akan memanfaatkan orang ramai untuk pelbagai tujuan dan kepentingan tertentu dalam kehidupan masing-masing.

"Ciptaan produk baharu secara tidak langsung dapat meningkatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, menjana ekonomi dengan mewujudkan kemudahan perkhidmatan baharu demi kesejahteraan rakyat," katanya.

Pada edisi ketiga ini, Hackathon 2017 yang dianjurkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri bertemakan 'Melebar Horizon Kreativiti, Menggarap Aspirasi Inovasi'.

 

   
Link
 
Online Jobs Application
 
 
 
 
     
Contact Us
Prominent Link
Visitor Statistic 
count
     

Minister's Office, West Block, Level 4
Perdana Putra Building
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya
Malaysia

Telephone: 03-8872 7003
Fax: 03-8890 2562


Official Website Prime Minister Office of Malaysia
Official Website Deputy Prime Minister of Malaysia
Official Website Chief Secretary to the Government of Malaysia
Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU)
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Public Services Commision of Malaysia (PSC)
Prime Minister's Department
Online :1
Today :4
Yesterday :14
Week :124
Month :370
Year :5933
Total :10763
     
DISCLAIMER: This website and the Materials are provided “as is” and “as available”, without warranty of any kind, implied, express or statutory. The Office of The Prime Minister of Malaysia and The Government of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this website.