Theme :
Selected Language : English | Bahasa Malaysia    Font : A+ A- A
 
YB.Joseph
 
 
 
     
News
 
Back 
 
Date 04/04/2017
   
Title LEBIH SEJUTA MOHON ISI 25,046 JAWATAN PERKHIDMATAN AWAM 2016
   
Source
   
Detail  
   

 

KUALA LUMPUR 4 April - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima sebanyak 1.56 juta permohonan pada tahun lepas bagi mengisi 25,046 kekosongan jawatan yang ditawarkan dalam sektor perkhidmatan awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, bagi memastikan hanya calon yang berkualiti terpilih, setiap permohonan yang diterima akan melalui proses tapisan yang ketat.

"SPA menerima banyak permohonan setiap tahun daripada calon-calon yang ingin berkhidmat dengan kerajaan namun peluang pekerjaan tetap yang wujud setiap tahun adalah begitu terhad.

"Pada 2015, SPA terima sebanyak 1.63 juta permohonan namun kekosongan tetap di SPA cuma 24,606 sahaja," katanya pada sesi bertanya kepada menteri-menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, jumlah permohonan yang tinggi setiap tahun itu memudahkan SPA membuat pemilihan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Joseph berkata, pada masa ini, SPA menggunakan kaedah pengambilan secara ‘profiling MyRecruitment' terhadap sebahagian besar skim perkhidmatan awam bagi pemilihan calon yang terbaik.

Jelasnya, terdapat empat peringkat saringan dilakukan dalam proses pemilihan calon sebelum ditawar lantikan iaitu tapisan awal, peperiksaan secara online, penilaian kompetensi dan temu duga.

"Calon-calon yang tidak menepati tapisan awal tidak akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan online. Manakala calon yang tidak melepasi peperiksaan online tidak akan dipanggil untuk mengikuti penilaian kompetensi dan calon yang tidak melepasi penilaian kompetensi tidak akan dipanggil untuk temu duga," katanya.

Beliau juga berkata, permohonan calon dalam sistem SPA akan ditapis secara berkomputer berdasarkan kriteria tertentu yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan, disesuaikan secara khusus bagai sesuatu jawatan.

"Ada beberapa ciri yang kita lihat, selain kelulusan akademik pemohon seperti semasa temu duga terutama keterampilan. Calon dinilai sama ada mahu bekerja secara berpasukan, mempunyai ciri-ciri kepimpinan, jati diri serta profesionalisme," katanya. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lebih-sejuta-mohon-isi-25-046-jawatan-perkhidmatan-awam-2016-1.465571#ixzz4sXPEQS46
© Utusan Melayu (M) Bhd

 

   
Link
 
Online Jobs Application
 
 
 
 
     
Contact Us
Prominent Link
Visitor Statistic 
count
     

Minister's Office, West Block, Level 4
Perdana Putra Building
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya
Malaysia

Telephone: 03-8872 7003
Fax: 03-8890 2562


Official Website Prime Minister Office of Malaysia
Official Website Deputy Prime Minister of Malaysia
Official Website Chief Secretary to the Government of Malaysia
Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU)
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Public Services Commision of Malaysia (PSC)
Prime Minister's Department
Online :2
Today :24
Yesterday :18
Week :107
Month :435
Year :4640
Total :9470
     
DISCLAIMER: This website and the Materials are provided “as is” and “as available”, without warranty of any kind, implied, express or statutory. The Office of The Prime Minister of Malaysia and The Government of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this website.