Theme :
Selected Language : English | Bahasa Malaysia    Font : A+ A- A
 
YB.Joseph
 
 
 
     
Media Statement
 
Back 
 
Date 08/08/2017
   
Title PORTAL MALAYSIABIZ : PENUHI KEPERLUAN KOMUNITI PERNIAGAAN
   
Source
   
Detail  
   

Kuching, 8 Ogos 2017- Portal MalaysiaBiz yang dibangunkan oleh MAMPU dilancarkan hari ini, bagi membolehkan komuniti perniagaan di Sarawak mendapatkan informasi pendaftaran dan pelesenan perniagaan dengan cepat dan mudah. Dengan pelancaran ini, Portal MalaysiaBiz yang dibangunkan melalui Inisiatif Program Berimpak Tinggi 1 (High Impact Programme, HIP 1) di bawah Pelan Induk PKS 2012-2020 oleh SME Corp. Malaysia mula diperluaskan pengaplikasiannya di Sarawak. Perasmian Portal MalaysiaBiz telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun di INTAN Sarawak, Kota Samarahan.

Keistimewaan utama Portal MalaysiaBiz ialah ia memaparkan informasi pelesenan secara horizontal merentasi pelbagai Pihak Berkuasa Melesen (PBM) yang meliputi 1,174 aktiviti perniagaan dalam pelbagai bidang ekonomi berdasarkan Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia atau Malaysia Standard Industrial Classification (MSIC) 2008 yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

"Portal ini boleh diakses oleh komuniti perniagaan di negeri-negeri Semenanjung Malaysia sejak Jun 2016. MAMPU telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak serta pihak berkuasa negeri bagi membolehkan portal ini turut dimanfaatkan oleh komuniti perniagaan di negeri Sarawak. Hasilnya, mulai bulan Mei 2017, informasi pendaftaran dan pelesenan perniagaan di Portal MalaysiaBiz bagi 99 pihak berkuasa di negeri Sarawak telah berjaya disediakan," tambah Joseph.

Menjelang tahun 2020, Portal MalaysiaBiz akan turut diperluaskan kepada penyediaan perkhidmatan permohonan pendaftaran dan pelesenan perniagaan melalui satu gerbang perkhidmatan. Ini sekaligus akan mempercepat lagi proses memulakan perniagaan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat terutamanya di Sarawak yang taburan PKSnya pada tahun 2016 merangkumi 6.7% daripada jumlah keseluruhan pertubuhan PKS di Malaysia.

Turut hadir ke Majlis Pelancaran MalaysiaBiz Portal di Sarawak adalah YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak, YBhg. Dato' Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU; YBhg. Datuk (Dr.) Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia dan YBhg. Datu Liaw Soon Eng, Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak.

Di majlis yang sama, Joseph turut menyampaikan sijil pelantikan kepada 190 Rakan Informasi Lesen (RIL) daripada 99 pihak berkuasa negeri Sarawak.

-TAMAT-

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

i. Puan Nur Haneem Binti Mohamad Ali
Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat
Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU),
Jabatan Perdana Menteri
Tel : 03-88723138
Fax : 03-88883566
Email : pro@mampu.gov.my

ii. Cik Amy Sarah Ahmad Fuad
Bahagian Komunikasi Strategik
SME Corp. Malaysia
Tel : 603 2775 6352
Fax: 603 2775 6315
Email: amysarah@smecorp.gov.my

MAMPU
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) merupakan sebuah agensi pusat yang memainkan peranan penting dalam memacu dan mentransformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam. MAMPU telah bertindak sebagai penggerak dan agen perubahan pentadbiran dan pengurusan bagi perkhidmatan awam dengan memperkenalkan dan mempromosikan program-program pembaharuan bagi jentera pentadbiran serta menilai dan mengiktiraf tahap prestasi agensi kerajaan dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, berkesan dan responsif.
SME Corp. Malaysia

SME Corp. Malaysia merupakan sebuah Agensi Penyelaras Pusat yang menggubal dasar umum dan strategi PKS serta menyelaras pelaksanaan Program Pembangunan PKS anjuran semua Kementerian dan Agensi yang berkaitan. Ia bertindak sebagai pusat rujukan setempat bagi penyelidikan dan penyebaran data PKS serta sebagai pusat perhubungan untuk maklumat dan menyediakan khidmat nasihat untuk PKS di Malaysia. SME Corp. Malaysia turut memainkan peranan sebagai Sekretariat kepada Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia.

 

   
Link
 
Online Jobs Application
 
 
 
 
     
Contact Us
Prominent Link
Visitor Statistic 
count
     

Minister's Office, West Block, Level 4
Perdana Putra Building
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya
Malaysia

Telephone: 03-8872 7003
Fax: 03-8890 2562


Official Website Prime Minister Office of Malaysia
Official Website Deputy Prime Minister of Malaysia
Official Website Chief Secretary to the Government of Malaysia
Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU)
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Public Services Commision of Malaysia (PSC)
Prime Minister's Department
Online :2
Today :24
Yesterday :18
Week :107
Month :435
Year :4640
Total :9470
     
DISCLAIMER: This website and the Materials are provided “as is” and “as available”, without warranty of any kind, implied, express or statutory. The Office of The Prime Minister of Malaysia and The Government of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this website.