Theme :
Selected Language : English | Bahasa Malaysia    Font : A+ A- A
 
YB.Joseph
 
 
 
     
Media Statement
 
Back 
 
Date 16/03/2017
   
Title €KARNIVAL KERJAYA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA€ MITC, MELAKA
   
Source
   
Detail  
   


KENYATAAN MEDIA
YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN,
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

"KARNIVAL KERJAYA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA"
MITC, MELAKA

16 MAC 2017 (KHAMIS)


MAKLUMAT MENGENAI KARNIVAL KERJAYA SPA:

1. Karnival Kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) diadakan pada 16 Mac 2017 (Khamis) bertempat di Grand Ballroom MITC, Ayer Keroh, Melaka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

2. Tujuan diadakan karnival kerjaya ini adalah untuk menerangkan peranan SPA dalam menjalankan fungsinya melantik anggota ke dalam perkhidmatan awam serta memberi peluang kepada orang awam, terutamanya rakyat Negeri Melaka mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kerjaya dalam perkhidmatan awam secara bersemuka.

3. Bersesuaian dengan fungsi dan peranannya melantik anggota dalam perkhidmatan awam, SPA turut menjemput Kementerian/ Jabatan/ Agensi Perkhidmatan Awam yang lain menyertai pameran tersebut. Di antaranya adalah seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan beberapa lagi Kementerian/ Jabatan/ Agensi lain.


4. Selain itu juga, karnival kerjaya ini turut membuka kaunter kepada pelanggan yang ingin, menyemak status permohonan atau membuat permohonan jawatan secara online di mana SPA ada menyediakan kemudahan internet secara percuma untuk mereka yang berminat memohon jawatan di bawah bidang kuasa SPA.
5. Taklimat kerjaya dalam perkhidmatan awam juga diadakan untuk memberi penerangan tentang kerjaya dan panduan menghadiri temu duga dalam perkhidmatan awam. Bagi memeriahkan lagi program, aktiviti derma darah turut diadakan dengan kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

STATISTIK
6. Dalam tempoh 1 JANUARI 2016 SEHINGGA 31 DISEMBER 2016, SPA telah menerima sebanyak 1,561,206 permohonan daripada pelbagai kaum. Daripada jumlah tersebut setelah dibuat tapisan, seramai 162,944 calon telah dipanggil temu duga, 101,564 calon telah menghadiri temu duga dan seramai 57,686 calon telah berjaya dilantik secara tetap dan kontrak ke dalam perkhidmatan awam.

7. Dalam tempoh 1 JANUARI 2016 SEHINGGA 31 DISEMBER 2016, SPA telah melantik seramai 840 orang anak Negeri Melaka untuk memegang pelbagai jawatan di bawah Pihak Berkuasa Melantik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dengan pecahan seperti berikut:
• seramai 49,910 anak Negeri Melaka telah membuat permohonan
• seramai 5,157 anak Negeri Melaka telah dipanggil temu duga
• seramai 3,369 anak Negeri Melaka telah hadir temu duga

Pecahan lanjut statistik permohonan dan lantikan tetap mengikut kaum adalah seperti berikut:
STATISTIK PERMOHONAN DAN LANTIKAN TETAP MENGIKUT KAUM BAGI TAHUN 2016

BIL
KAUM

JUMLAH
PERMOHONAN
JUMLAH CALON DIPANGGIL TEMU DUGA

JUMLAH CALON HADIR

JUMLAH CALON LANTIK

PERATUSAN
(%)

LANTIK/HADIR

1. MELAYU
1,242,821

130,328

81,811

19,347

23.65%


2.
CINA
26,661
3,503
2,543
1,182

46.48%
3. INDIA
50,369
4,200
2,817

958

34.01%

4.

BUMIPUTRA (SABAH)
120,822
11,686 6,899 1,634 23.68%
5. BUMIPUTRA
(SARAWAK) 88,376 9,059 5,087 1,364 26.81%
6. ORANG ASLI 3,865 1,337 786 146 18.58%
7. LAIN-LAIN 8,292 2,831 1,621 415 25.60%
JUMLAH: 1,561,206 162,944 101,564 25,046

** Pelantikan Kontrak = 32,640 orang

 

 

   
Link
 
Online Jobs Application
 
 
 
 
     
Contact Us
Prominent Link
Visitor Statistic 
count
     

Minister's Office, West Block, Level 4
Perdana Putra Building
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya
Malaysia

Telephone: 03-8872 7003
Fax: 03-8890 2562


Official Website Prime Minister Office of Malaysia
Official Website Deputy Prime Minister of Malaysia
Official Website Chief Secretary to the Government of Malaysia
Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU)
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Public Services Commision of Malaysia (PSC)
Prime Minister's Department
Online :2
Today :24
Yesterday :18
Week :107
Month :435
Year :4640
Total :9470
     
DISCLAIMER: This website and the Materials are provided “as is” and “as available”, without warranty of any kind, implied, express or statutory. The Office of The Prime Minister of Malaysia and The Government of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this website.