Theme :
Selected Language : English | Bahasa Malaysia    Font : A+ A- A
 
YB.Joseph
 
 
 
     
Media Statement
 
Back 
 
Date 27/05/2014
   
Title S.P.A LAKSANA PEPERIKSAAN ATAS TALIAN (ONLINE EXAMINATION) TAPIS CALON
   
Source
   
Detail  
   

 

1.     Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) buat pertama kalinya melaksanakan PEPERIKSAAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE EXAMINATION) bagi skim perkhidmatan memasuki perkhidmatan awam pada hari ini dan majlis pelancarannya telah dirasmikan oleh YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI.

2.     Kaedah PEPERIKSAAN ADALAH SALAH SATU DARIPADA TAPISAN CALON yang dilakukan oleh S.P.A dalam urusan pemilihan calon sebelum dipanggil temu duga. SEBELUM INI S.P.A TELAH MELAKSANAKAN PEPERIKSAAN SECARA KONVENSIONAL iaitu peperiksaan diadakan secara manual di pusat-pusat peperiksaan di seluruh negara.

 

3.     Modul peperiksaan atas talian yang diperkenalkan ini mengandungi KOMPONEN UJIAN APTITUD DAN PSIKOMETRIK. Pelbagai aspek diambil kira dalam pembangunan sistem ini seperti isu keselamatan dan keperluan teknikal.

 

4.     Kaedah pelaksanaan secara online ini adalah menggunakan platform 'WEB BASED' di mana calon-calon boleh mengakses peperiksaan ini tempat yang mempunyai kemudahan capaian internet seperti di rumah, perpustakaan ataupun di kafe siber. Calon-calon yang berdaftar dengan S.P.A akan dipanggil menduduki peperiksaan secara online mengikut jadual yang telah ditetapkan.

5.     Pelbagai pihak telah bekerjasama untuk menjayakan urusan peperiksaan secara online ini dan di antara Kementerian/Jabatan/Agensi yang telah menjalinkan kerjasama pintar ini adalah seperti:

i) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi;

ii) Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia;

iii) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU);

iv) JARING Communications Sdn. Bhd.;

v) GITN Sdn. Bhd.;

vi) BCC Technology Sdn. Bhd.;

vii) Novatis Resources Sdn. Bhd;

viii) HBJ-Skala JV Sdn. Bhd.; dan

ix) TV Direct (M) Sdn. Bhd.

6.     Peperiksaan secara online yang diadakan pada hari ini adalah bagi jawatan JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S41. Seramai 2,959 ORANG CALON telah dipanggil untuk menghadiri peperiksaan tersebut. Seterusnya, calon yang lulus peperiksaan akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

 

7.     SPA mensasarkan untuk melaksanakan Peperiksaan Online Bagi Memasuki Perkhidmatan Awam PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41 yang dijangkakan pada 28 Jun 2014 melibatkan seramai 70,000 ORANG CALON. Sebagai persediaan untuk menjalankan peperiksaan tersebut, beberapa siri peperiksaan online telah dijalankan seperti berikut :

 

BIL.

PEPERIKSAAN

TARIKH PEPERIKSAAN

BILANGAN CALON

1.

Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41

30 APRIL 2014 (RABU)

 

136 orang

 

 

 

2.

 

Peperiksaan Memasuki PerkhidmatanPenolong Pegawai Arkib Gred S27

 

12 MEI 2014 (ISNIN)

 

 

1,499 orang

 

3.

 

Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

 

27 MEI 2014 (SELASA)

 

 

2,959 orang

JUMLAH:

4,594 orang

 

 

 

8.     Pelaksanaan peperiksaan secara atas talian ini merupakan satu lagi transformasi dalam usaha memudahcara perkhidmatan yang disediakan oleh S.P.A. Ianya juga MERUPAKAN LANGKAH PENJIMATAN KOS SELARAS DENGAN DASAR PENJIMATAN YANG SEDANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN.

 

   
Link
 
Online Jobs Application
 
 
 
 
     
Contact Us
Prominent Link
Visitor Statistic 
count
     

Minister's Office, West Block, Level 4
Perdana Putra Building
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya
Malaysia

Telephone: 03-8872 7003
Fax: 03-8890 2562


Official Website Prime Minister Office of Malaysia
Official Website Deputy Prime Minister of Malaysia
Official Website Chief Secretary to the Government of Malaysia
Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU)
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Public Services Commision of Malaysia (PSC)
Prime Minister's Department
Online :1
Today :4
Yesterday :14
Week :124
Month :370
Year :5933
Total :10763
     
DISCLAIMER: This website and the Materials are provided “as is” and “as available”, without warranty of any kind, implied, express or statutory. The Office of The Prime Minister of Malaysia and The Government of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this website.